Monday 18 June 2012

majlis perkahwinan rakan taulan ..:)

Kenduri kahwin oh kenduri kahwin


apa yang paling best ...biler kiter dapat kad jemputan @ bila kita menghadiri majlis perkahwinan rakan taulan kita? jawapannya tentulah mengahadiri...kerana dapat memeriahkan majlis orang kahwin,dapat tengok pengantin & dapat makan nasi minyak, dapat goodies bag hehehee

 itulah aktiviti saban tahun bermula tahun 2008 ,saya dan juga suami sangat aktif menghadiri majlis perkahwinan ...tak semualah pergi mana yang mampu gi je...seronokkan?mestilah seronok

Hari bersejarah bagi setiap pasangan adalah ketika diijabkabulkan dan menjadi raja sehari...masa hari nilah tak kira penat ...kita akan sentiasa ceria ....dan tampak gembira....senyum manis ..dan berseri bagaikan raja & permaisuri....

layankan gambar2 perkahwinan para pengantin yang sempat saya hadiri ...menjadi momen yang terindah buat saya dan momen yang bersejarah dan istimewa buat  kalian semua. Semoga penyatuan kalian menjadi karya  agung terindah yang kekal selamanya .......


Koleksi 2008~ terkini


Majlis  Hamiza & Nazlan di Bidor,Perak


Majlis Raziq & Majdah di Ampang


Majlis Puan Nana di Melaka 




Majlis En Khairul di Kuala Terengganu


Majlis Ayu di KL


Majlis Lalitha di Kajang


Majlis En Azmi di Seremban


Majlis Fida di KL


Majlis Emma di Seremban


Majlis Hamzah & Syasya di KL


Majlis Fauzi di Endau-Mersing


Majlis Hanim & Nyer di KL


Majlis Hanim & Nyer di KL


Majlis Izo & Farah di Pelabuhan Klang 


Majlis rakan suami di Putrajaya


Majlis Leya di Muar


Majlis Kim di KL


Majlis Scott & Iqbal di Batu Pahat


Majlis Amiru & Fiza di Klang




Majlis Azizah Ami di Batu Pahat


Majlis Paan & Ara di Ulu Tiram,Johor


Majlis Najib & Elma di Rawang 


Majlis Syila & Amir di Juru ,Penang


dan yang terakhir majlis yang tak akan saya luper sampai bila dan sentisa dihati dan moga kekal selamanya...




Adios...:)



Pulau Tioman yang indah ...

Dah lama nak update entry ni tapi sebab  memikirkan banyak kerja lain yang perlu dilakukan dahulu maka tertangguhlah ..jadi hari ni tanpa membuang masa marilah wahai jari mengupdate ye...

kalau tak silap saya saya ke Pulau Tioman ni pada tahun 2011 ...pergi tak lama 3 hari 2 malam sahaja..pergi memang takder booking2 ...memang bajet baguslah ...sampai2 kat Mersing terus gi area jeti kat situ...jangan risau banyak agensi perlancongan kat situ ..pilih je...

Pilih punya pilih akhirnya saya pilih Panuba Inn yang terletak di  hentian ke 5 di Tioman ni.Nak tahu kenapa saya pilih Panuba Inn..mudah saja sebab cantik dan pantainya yang bersih dan hanya satu chalet jer yang beroperasi di situ ..so tak ramai sangat orang dan harga yang berpatutan  ...tapi kalau nak suasana yang happening boleh lah lepak di Salang,hentian terakhir di Tioman.

Lagi satu kami tak ambil pakej ...kami cuma ambil hotel jer...banyak agensi perlancongan di situ menwarkan pakej2 termasuk hotel , makan & aktiviti di sana ...




Hah ni gambar masa atas feri.Jangan tertipu ni gambar 10 minit yang pertama...yang selebihnya saya mabuk laut...macam biasalah non stop muntah ..tak pernah naik feri ....mulut dok asyik pot pet tak berhenti sekali naik terus mabuk laut..Perjalanan ke Tioman dari Jeti Mersing mengambil masa  sehingga 1 jam lebih ..tengok keadaan laut..Bayaran pula RM 70 seorang dan RM 5 untuk Marine Park Tioman




                                       

so inilah pemandangan dari Panuba Inn...cantikkan ...sampai pun dah petang ...so menghirup udara petang lah dulu sambil menghayati keindahan alam ...tenang tau ...:)




takder aktiviti sangat malam tu cuma makan malam dan mencandat sotong ...tapi satu pun tak berjaya ...hehehehe...takder rezeki ..



hari kedua pula ...apa lagi aktiviti yang nak buat kalau kat pulau-pulau ni kan ...takkan nak dok tido kat bilik kan ..tentulah snorkelling...bayaran dikenakan pun berpatutan RM 60 seorang bermula pukul 9 pagi hingga 4 petang. Aktiviti ini disediakan sepenuhnya oleh Panuba Inn...tak rugi tau ..






banyak ikan tau semua jinak sebab kami bawa roti ....kalau tak jangan mimpilah ikan-ikan ni saja nak datang ... gambar en suami sorang2 tu masa kat tengah2 laut ...berani betul die ..yelah sebab ada jaket keselamatan....


pantai yang cantik kan....walaupun panas terik tapi air laut kat sini tak melekit pun ...


ni peminat setia Liverpool ni ...hahaha...never walk alone ...never dive alone..whatever..hehehe







 gambar ni masa kat Salang berhenti rehat dan makan selama satu jam  ...memang happening kat Salang ni ... Banyak kedai kat Salang ni ...malam lagilah happening .....ada macam-macam kedai ...kelas untuk diving pun banyak kat sini...







lepas dah kenyang  dan puas berehat kami berlayar  pula ke Monkey Bay..sambung snorkelling lagilah ...banyak ikan tetapi disebabkan cameraman sibuk snorkelling so tak banyak gambar saya dengan ikan ...:(
habis je aktiviti da pukul 4 petang ..balik bilik...mandi2 dan  siap kemudian jalan2 kat sekitar pantai di Panuba Inn...takder aktiviti dah ..aktiviti bergambar je lah kan ..




ceh..ceh ...macam nak tunjuk apa jer...padahal berlakon je lebih ni ...tapi memang pemandangan yang indah time ni...romantik gitu ..;)


ni sotong-sotong di depan chalet kami..besar2 ..tapi tengok jer...:)



Pulau Tioman memang cantik...dan tenang ...tak rugi mabuk laut kay ...:) Ni pun rasa rugi jugak ambil 3 hari 2 malam rasa tak cukup sebab banyak aktiviti lain yang tak buat ...takper2...boleh pergi lagi lain kali ...
Cuti-cuti Malaysia...:)