Sunday 21 April 2013

Bercuti Di Ho Chin Minh,Vietnam Part 3


cepatnya masa berlalu dah hampir masuk bulan 5 dah...:(

Baiklah mari kita sambungkan part 3 ni.Untuk hari ketiga kami memilah Tour ke Delta Mekong. Yang ni lama hampir satu hari, dari pukul 730 pagi hinggalah 530 petang.Perjalanan untuk pergi sahaja sudah mengambil masa 2 jam perjalanan tetapi jangan risau bas akan berhenti rehat di kedai2 di tepi jalan.
Menariknya tiada kerusi disediakan yang ada adalah buaian dan meja.Direka bagi pelanggan untuk merehatkan badan


ni kedai nya, yang melengging tu tourist dari Russia, tak tahan panas




Menaiki bot untuk ke Delta Mekong dan melawat kampung mereka bagi melihat aktiviti mereka.

Tempat pertama yang kami lawati adalah tempat penghasilan madu lebah.Di sini kami diberi penerangan cara  khusus bagaimana madu dihasilkan oleh tourist guide kami Win.Di sini juga kami turut dijamu dengan teh bersama madu dan limau nipis, kacang dan halwa halia.Barang yang dijamu turut dijual.Turut  dijual kolagen dari madu lebah ...




Selepas itu kami di bawa ke perkampungan sampan dimana akan dibawa menaiki sampan dan diberi topi secara percuma ketika menaiki sampan,turun sampan kena pulang balik ye.Bukan saja di jalan raya,di sungai pun sesak juga tapi diorang  memang handal lah...






Best tau....kena cuba dayung...:)

Habis naik sampan kami dihantar ke bot kami semula. Masa turun dari sampan kalau baik hati bolehlah bagi tip kat mereka yang mendayung sampan.Sian juga mereka ni kebanyakan orang susah...

 Kemudian kami dibawa pula ke tempat pembuatan gula kelapa atau candy kelapa.Di Delta Mekong banyak pokok kelapa dan mereka menghasilkan pelbagai jenis barang berasakan kelapa.Semuanya dilakukan secara tradisional oleh mereka




Pelbagai candy kelapa berperisa dijual antaranya perisa durian,kacang,pandan & coklat.Nampak tak mat salih dan minah tu.Untuk pengetahuan lady tu telah menegur saya  sekali lagi dengan ayat "are u Malaysian" macam yang saya citer di Part 1 tadi, dan bermula lah perkenalan kami.Lady ni x ingat nama dia, dilahirkan di Pulau Pinang, ibu keturunan Cina ayah orang German.Masa sekolah rendah je di Malaysia pastu dah dok German.Ni Tour dia bawa husband ke Asia.

 Lepas dah puas melawat sekarang tiba masa untuk makan...horeyyy!!!Lapar sebenarnya.kami dah order dari atas bot bagi memastikan makanan dapat cepat,kami try makan Ikan telinga Gajah bersama kertas beras.Kami tak makan lauk yang disediakan nak try yang ni sebab ramai blogger yang try benda ni.


ta...da....inilah dia...Ikan Telinga Gajah Goreng






Apa-apa pun memang sedap ...terbaeeekkkk...boleh repeat lagi..Masa Ikan sampai semua dtg meja kami ambil gambar sebab diorang tak order tapi lepas tu diorang order sebab tak tahan tengok kami makan...hehe

Habis makan sambung lagi tour . Kali ini kami melawat ke kampung buah-buahan.Disini kami dihidangkan dengan pelbagai buah-buahan seperti cempedak,ciku,nenas,buah naga sambil dihiburkan oleh kumpulan pemuzik yang membuat persembahan.




saya pun try test juga...:)

Kami pulang pada pukul 4petang dan tiba di Saigon City pada pukul 630 petang.
Untuk aktiviti malam pula kami pergi ke Night Market.Adalah beli sikit2.tak ambil gambar pun..apa yang pasti kena pandai menawar kalau tak memang mahal lah harga dia.

****panas betul kat sana.....sambung lagi part 4...:xoxox****



No comments:

Post a Comment