Thursday 18 April 2013

Festival Layang- Layang Antarabangsa

 Festival Layang-Layang Antarabangsa Sedunia yang dilangsungkan setiap tahun di Pasir Gudang telah berlangsung dengan jayanya pada 20 sehungga 24 Februari 2013. Setelah 2 tahun berturut-turut tidak dapat mengunjunginya, tahun 2013 saya telah mengosongkan jadual untuk melihat acara yang berlangsung yang melibatkan beberapa negara terkemuka di dunia.

Bukit Layang - Layang Pasir Gudang semestinya merupakan lokasi pertandingan yang turut menempatkan Muzium Layang-Layang yang memberi pelbagai informasi dari sejarah pembuatan layang-layang hinggalah hasil kreativiti yang ditonjolkan oleh setiap negara menghasilkan layang-layang.

Bukan sahaja pertandingan layang-layang pertandingan Wau juga turut dilangsungkan yang melibatkan banyak peserta dari negeri Kelantan.Tutur berlangsung Pertandingan Mencipta Wau dan Layang-layang
Terdapat juga beberapa bengkel yang disediakan secara percuma untuk membuat layang-layang dan wau.Selain itu pameran Homestay yang terdapat di negeri Johor turut dipamerkan. Setiap Homestay dari setiap daerah Negeri Johor turut mempamerkan keistimewaan dan aktiviti menarik yang boleh diperolehi jika menginap di homestay mereka.Antara yang menarik ....






Antara layang-layang yang dipertandingkan...angin kuat wooo


Muzium Layang-Layang Negeri Johor



Menyertai bengkel membuat layang-layang 





Antara peserta yang bertanding...

Setiap tahun acara ini dijalankan , apa kata cuba sekali pergi untuk tahun berikutnya untuk memberi sokongan ...:)

No comments:

Post a Comment