Thursday 18 April 2013

Jalan-jalan Pasir Gudang & Johor Bahru 2013

Balik dari Pasir Gudang singgah pula ke Johor Bahru, merupakan ibu negeri di Johor.Bila singgah di JB ni kenalah menyinggah ke sana-sini.Tak guna banyak duit pun maklumlah saya ni jenis yang kalau boleh meminimakan perbelanjaan dan suka ke tempat-tempat yang bayar sikit tapi menjajnjikan kepuasan yang banyak.Kebanyakan orang tak suka ..pergi muzium , pameran tai saya suka sebab saya dah pergi tempat tu ...Lain orang lainlah jiwanya..

So sebelum gi Jb,singgah dulu di satu tempat menarik di Pasir Gudang iaitu Sarang Buaya...Mak ai scary mary sikit tempat ni sebab tak ramai yang datang dan dalam proses naik taraf tapi masih boleh dilawati.Menempatkan beribu-ribu ekor buaya tembaga khususnya.Takutlah sebab takde orang yang pergi , kami je kot pastu buaya cam lapar dan banyak cedera mungkin lapar ko,gaduh sesama sendiri,kalau hulur tangan diorang dah macam apa dah.... apatah lagi kalau jatuh...Tak caya...tengok ni....Bayaran masuk RM 4 seorang







Dari pasir Gudang terus ke JB.Bermalam di M-suites Hotel Jb menggunakan Asiarooms.com memang best.Apa tidaknya harga bilik sangat murah dari harga asal. Bayaran tidak ditolak terus dari debit atau kredit kad anda, sebaliknya dibayar ketika menginap di hotel.Maklumat debit atau kredit kad diperlukan untuk tempahan sahaja.Dan jika ingin membuat pembatalan 4 hari sebelum tarikh,tiada caj dikenakan.Menarikkan??......;)




  Tahu berapa harga bilik ni? RM 140 jer beserta sarapan pagi untuk 2 orang..

Jadi apa aktiviti yang boleh dilakukan di Johor Bahru...




Apa lagi singgah di Zoo Johor Bahru.Zoo yang paling murah sebab tiket masuk cuma RM 2 sahaja.Kalau Zoo Negara RM 32, Zoo Taiping RM 8..Inilah zoo yang murah dan banyak binatang. Telah dinaiktaraf dan lagi bagus dari lawatan yang sebelumnya. Habis melawat Zoo kami singgah pula di ....





Stadium Larkin.Sejak adanya pasukan Bola sepak yang diterajui oleh Tengku Mahkota Johor , stadium ini telah dinaiktaraf...So inilah gambar apabila penyokong tegar Selangor melawat stadium JDT ni. Next kita pergi ke tempat sejarah yang jarang dikunjungi iaitu Memorial Peringatan Tanjung Kupang dimana kapal terbang MAS Boeing MH653 telah terhempas di sini pada 4 Disember 1977 dan semua mayat iaitu 100 mangsa dikebumikan di sana.Merupakan misteri sehingga kini yang masih belum terjawab...jeng..jeng..jeng...




Antara senarai nama mangsa

Tak sah jika ke JB tak singgah Stulang Laut. Ada bermacam-macam kedai kat situ,saya singgah di D Zone JB. Biasalah tempat duty free ni seronok beli coklat ler


permandangan negara jiran dari Stulang Laut

Dalam perjalanan pulang ke hotel, En Suami berhenti tiba-tiba di bahu jalan.Tanya kenapa tak cakap terus amik kamera dan minta saya ambil gambar.Gambar apa? ni dia.....gambar dia




Ni dia...nampak tak rumah belakang diatas bukit tu? itulah yang rupanya..... berhampiran hotel kami je...Villa Nabila yang penuh misteri...tapi ambil dari jauh je ler tak berani nak naik atas.Banyak dah baca citer pasal rumah ni ....seraaaaaammmmm

Ok...balik hotel.....rehat dan siap untuk aktiviti malam di JB iaitu Pasar karat,Danga Bay, steam -boat dan lumba haram lah ......


Pasar karat JB...macam2 tapi harga cam mahal jer




Steamboat di Dataran JB,terbaaeeeeeekkkk..semua tu RM 12


Danga Bay




Ni depan hotel, tengok lumba haram ...berani mati punyer....sampai kul 3 pagi...

*****Bercuti tak semestinya berbelanja lebih, bercuti berjimat pun ada*****

No comments:

Post a Comment