Sunday, 21 April 2013

Bercuti di Ho Chin Minh,Vietnam Part 4

Akhirnya,untuk hari keempat hari terakhir kami di bumi Saigon ini.Bangun awal dan terus check out pagi tu.Terima kasih atas layanan yang superb dari Seventy Hotel,Bui Vien Street,memang rekomen hotel nilah kalau korang pergi ke sini.

Selesai breakfast dan check out, kami decide untuk buat own tour di bandar ni dan hari in jugalah kami nak membeli belah sedikit sebelum pulang ke Malaysia pada pukul 920 malam waktu mereka..Berpandukan peta yang ada, kejap kami naik teksi kejap kami berjalan tapi hazabnya berjalan sebab panas yang terlalu panas......ok 1st stop kami di 



Thai Binh Market,sama macam Ben Tanh Market tapi lebih murah sebab dikenali pasar rakyat.Menjual kain,makanan , dan macam-macam lagi

Lepas tu kami pergi ke Reunification Palace ataupun dikenali sebagai Independance Palace,merupakan tempat  untuk Presiden Vietnam Selatan bekerja dan pusat operasi perang semasa perang Vietnam.Pada 30 April 1975,merupakan zaman kejatuhan pimpinan Vietnam Selatan dan sekutu apabila kereta Kebal Vietnam Utara (vietkong) merempuh pagar dan merampas Istana ini








Antara ruang pameran....Sempat lagi menari di atas lantai tari ...Besar tempat ni dan takder air cond,panas yang amat lebih kurang 2 jam jugaklah nak baca dan nak tahu sejarah negara ni.


Kemudian kami singgah pula di War Remnants Museum yang memaparkan kenangan pahit tahanan perang yang diseksa oleh tentera Amerika Syarikat secara khususnya.Paling sedih apabila membaca kekejaman yang dilakukan oleh mereka terutama yang memberi kesan panjang sehingga hari ini iaitu "Agent Orange"...oh sangat kejam dan sadis mereka ni....:(






Kemudian kami stop kejap kat satu jalan ni tapi tak ingat jalan apa,tapi kat sini semua jual alatan sukan berjenama seperti raket Yonex dan juga baju & jersi berjenama Adidas,Puma,Nike dan sebagainya pada harga yang cukup murah...Singgah je nanti lain kali datang dah tahu kat mana nak cari...


yang ni wajib ambil gambar..


kat sinilah ..memurah tau!!

lepas tu kami singgah pula di Vietnam History Museum



Lepas tu antara tempat wajib dkunjungi..


Notre Dame Cathedral, Gereja yang dibina oleh kolonis Perancis dari tahun 1863 sehingga 1880



Saigon Central Post Office,cantik dan masih dgunakan sebagai pejabat pos.




Hard Rock Cafe Ho Chin Minh....terbang gak lah duit..




Setelah berada 4 hari 3 malam akhirnya kami yang sepatutnya berlepas pada pukul 950pm akhirnya berlepas pada pukul 11 malam disebabkan flight delay.Akhirnya kami sampai pukul 1am waktu tempatan...

****sweet memory in my life,thanks to Selangor FC,Ultras Selangor & Gendang Selangor kalau tak kerana game tu dan semangat kamu semua dan En Suami saya takkan pergi ke sini*****



No comments:

Post a Comment