Sepanjang perjalanan ke Port Dickson boleh lah singgah sebentar ke Kompleks Sejarah Pengkalan Kempas yang menempatkan batu megalitik.Apa plak batu megalitik? Batu megalitik merupakan tanda perkembangan penempatan masyarakat awal yang menjadikannya sebagai tapak pemujaan..dan yang misterinya.....batu-batu ini hidup kerana semakin membesar...jeng..jeng..jeng
nampak tak dulu batu2 kat belakang saya tu kecil tetapi ia membesar..membesar....( *_ * )
kat sini juga terdapat sebuah Makam lama yang sangat panjang beserta batu bersurat lagi.
Selepas itu teruslah kiter menuju ke Port Dickson dan singgah sebentar ke Rumah Api Cape Richardo Tanjung Tuan ..pemandangan yang sangat cantik ...tak percaya ..ce tengok ...
Rumah api ini dibuka pada tahun 1819 oleh kerajaan British ....dan merupakan rumah api tertua di Malaysia. ..cantikkan napa lah tak terpikir nak post wedding kat sini ...hurmmm..
Turun jer dari Rumah Api teruslah menuju ke salah satu tempat yang best di Port Dickson iaitu Muzium Tentera Darat Port Dickson. Masuk percuma.Muzium ni memang lengkap dari zaman Kesultanan Melayu Melaka hinggalah Malaysia setelah merdeka
Ni plak masa Penjajahan Jepun...Banyak sebenarnya gambar yang nak dipost ....sebab masa zaman Jepun banyak sangat tinggalan diorang kat negara kiter tapi tinggalan kenangan pahit lah
dan ini yang paling best ...zaman Chin peng ( zaman komunis ) .Muzium ni siap ada terowong opearsi komunis...gerun gak sebab masa ni tak ramai yang melawat terowong ..takutlah gak..
tu gambar bilik rawatan kecemasan perang diorang tau ...tu sorang dah kena tembak ...doktor tengah
operate die tu ..sian dia...
yang ini pula pemandangan di luar Muzium ..banyak lagi jet2 pejuang ,helikopter,kereta perisai,kereta kebal dan pelbagai kereta lah ...nak tengok apa kata singgah sebentar di muzium ini...
apa2 pun saya tabik kepada semua pejuang-pejuang tanah air yang tewas di medan perang...tanpa mereka siapalah kita pada hari ini...Ingat...kalau kita tak ingat dan kenang sejarah di negara kita siapa lagi yang nak kenang..beziquebee.blogsport.com
okey jom pergi lagi satu tempat yang best kat sini iaitu Muzium Kota Lukut.Muzium ni orang jarang pergi sebab atas bukit tapi kalau siapa nak tengok perigi beracun singgah lah ke sini.Perigi Beracun digunakan untuk menyeksa pesalah laku jenayah pada zaman dahulu...
Inilah Muzium Kota Lukut
Nak tengok pergi beracun kena naik atas bukit tu lah tapi perigi tu dah tak terjaga ...sayang betul...;(
sekian sahaja untuk kembara di Port Dickson.
No comments:
Post a Comment