Saturday 20 April 2013

Bercuti di Ho Chin Minh, Vietnam Part 2

Haaa....sambung balik ...kena terus sambung kalau tak memang tak ber"update" lah blog ni...:)

Hari  kedua , tepat jam 4.45 pagi dah terjaga. nak tahu kenapa? Sebab pukul 430 pagi je dah macam pukul 7 pagi di Malaysia.So, lepas siap dan mandi kami turun bersarapan di lobby hotel.Kami pilih simple breakfast je iaitu Roti perancis bersama cheese dan butter je, tak risau sebab guys kat reception ni Muslim dan nama dia Mustafa yang suggest breakfast ni .Tapi memang superb lah layanan dan service semua staff kat Seventy Hotel.

Untuk hari kedua ni, kami memilih untuk ke Chu - Chi Tunnel dimana aktiviti bermula 830 pagi sehingga 330 pagi ini kerana tepat jam 630 petang kami perlu bergegas ke Stadium Thong Nat untuk menyaksikan perlawanan AFC Cup Selangor FC vs Saigon FC.

So pukul 830 pagi, tepat okei...., tourist guide, Mickey, dah pick up kami.Untuk ke Chu-chi Tunnel mengambil masa 2 jam perjalanan tetapi kami kena berhenti di beberapa hotel yang lain untuk pick up mereka yang join tour ni dan menurut tourist guide bas tidak boleh melebihi 70km/jam dan jika tertangkap pemandu akan ditangkap dan digantung lesen selama 2 bulan.


dalam bas semasa perjalanan ke Chu-Chi Tunnel

Untuk pengetahuan semua, Chu-Chi Tunnel merupakan kebanggan rakyat Vietnam. Nak tahu kenapa?Sebab terowong ini merupakan simbol kemenangan mereka ketika menentang Perancis,Kerajaan Vietnam Selatan dan Amerika Syarikat dan digali oleh tentera Vietkong.Banyak kenangan yang membawa kejayaan dan pembangunan di Saigon yang kini dikenali sebagai Ho Chin Minh.

Sebelum kami ke Chu-chi Tunnel , kami turut dibawa ke Handicapped Handicraft Centre, yang diusahakan oleh mereka yang kurang upaya dan mendapat bantuan dari kerajaan. Hasil seni mereka turut dijual di sini dan harga agak mahal sedikit. Apa yang menarik, mereka mengunakan kulit telur dan kulit tiram untuk dijadikan hasil yang menarik ...kreatif sungguh ...Allah Maha Adil, mereka kurang upaya tapi kreatif sangat...:)




Tengok ...teliti sungguh mereka buat kerja.




Antara hasil kreativiti mereka, agak mahal harga nya tetapi belilah jika anda mampu bagi membantu mereka

Perjalanan di sambung semula.Dalam perjalanan ke Chu-Chi Tunnel,  akan melalui kawasan kampung.Apa yang pasti, hampir di setiap rumah ada kubur.Menurut tourist guide kami, tuan tanah atau tuan rumah akan dikebumikan di kawasan rumah mereka.Sebab apa...pastu dia dah  melalut cerita pasal kehidupan baru diorang selepas kematian...

Setibanya di Chu -chi tunnel kami perlu,membayar tiket masuk setiap seorang 90,000 vnd rupanya tidak termasuk di dalam pakej tour kami.Jom layan gambar di Chu Chi Tunnel....





Sesi mendengar taklimat




turut mencuba tapi saya tak masuk terus,tak berani gelap, en suami yang teruskan perjalanan



ruang udara terowong, kalau di Malaysia kita ingat busut..hehehe


laluan mengelakkan banjir



kereta kebal Amerika Syarikat yang diserang hendap  dan dikalahkan oleh tentera Vietkong

 

terdapat lebih 8 jerangkap samar yang direka oleh tentera Vietkong, faham-fahamlah kalau terjatuh



Tempat membuat bom tangan secara manual, salah teknik meletup mati terus..



ada tempat untuk menembak.Di sini berpeluang mencuba menggunakan senapang M16,K47 dan sebagainya.20,000vnd untuk satu peluru dan minimum 10 peluru untuk seorang.Kanak-kanak tidak dibenarkan.Kuat  bunyi tembakan...boleh pekak telinga.


tempat menjahit uniform




terowong yang ni semua digalakkan masuk.Satu je , yang penting bernafas seperti biasa dan jangan panik jika panik boleh sesak nafas tau kat dalam tu... kalau nak patah balik memang tak boleh sebab belakang ramai orang.Kena rilek meragkak dan cari jalan keluar berdekatan.



Di akhir lawatan kita akan dihidangkan dengan teh dan juga ubi rebus.Kalau di Malaysia kita cicah sambal tumis atau ikan kering di sini cicah dengan kacang yang ditumbuk halus.Ni makanan rasmi semasa mereka perang...



Goodbye Chu-Chi tunnel...seronok sangat.Banyak cendermata seperti bom tangan dan peluru dijual tapi ada terbaca di blog kena rampas masa di lapangan terbang jadi tak beli lah..Tepat jam 230 petang kami bertolak semula ke Ho Chin Minh.Atas faktor kesesakan lalulintas kami tiba lebih kurang 445 petang.Tibanya di kawasan hotel, kami terus cari kedai makan lapar tu.Kami pilih South Indian Food Halal Restaurant yang terletak di Bui Vien Street..Memang terbaiklah ...Cheese NaanAyam Tandoori.memang kena dengan tekak..dan harga yang sangat berpatutan


Balik Hotel mandi dan terus ambil Vinasun Taxi untuk ke Thong Nat Stadium.Sampa di stadium terus beli tiket.Ambil tiket VIP Seat 150,000vnd sebab tak nampak penyokong Selangor, sekali dah beli diorang duduk kat seat biasa yang berharga 60,000vnd..rugi...rugi...Last-last saya duduk di seat VIP bersama sebuah keluarga penyokong tegar Selangor dan suami duduk bersama penyokong lain...Perlawanan bermula pada pukul 7petang kot...Antara gambar untuk game tersebut..


antara penyokong Selangor


saya bersama Pn Aziah dan keluarga


Penyokong setia ni ..dah habis game pun tak balik lagi..tunggu player


With Coach Irfan Bakti,garang tau dia ni



with Nor azlan,keeper Selangor


with Amri Yahya , antara player yang sporting...memahami perasaan penyokong yang datang dari jauh


with Forkey Doe


En suami bersama kawan baru, Cabron Del Mundo...siapa dia ni ...boleh search kat Google, banyak cerita pasal dia...tapi dia memang best...dan sangat berani ...berani kenapa , better u all search...:)


Habis je game trus  pergi makan lagi  sebab hotel kami blackout ...perkara biasa di sini, kedai yang sama juga South Indian Food Halal Restaurant, kali ni cuba paratha plak...bersama kopi Vietnam....UIIHhhhh kopi diorang memang sangat sedap la!!Pas makan suami pergi berurut saya pula ber"medi pedi"lah ..kat sini murah ....takder gamba...hehehe..seksiler minah2 tu...Kedai cuci rambut diorang pun semua seksi2 pompuannya. Customer masuk nanti pompuan seksi lebih dari 1 org akan beratur pastu customer pilih siapa yang nak cuci mereka untuk lelaki...klu untuk customer pompuan boleh pilih lelaki ganteng gitu...



***to be comtinue to Part 3****









No comments:

Post a Comment