Sunday 21 April 2013

Bersantai Di Hatyai & Songkran Festival 2013

Pada 11/4 sehingga 14/4/2013, saya dan En suami menaiki pesawat Air Asia dan berlepas ke Hatyai pada pukul 1145am.Nampaknya sampai ke Hatyai sahaja tak dapat nak teruskan perjalanan ke Krabi disebabkan cuti sudah mau habis.Berlepas pada pukul 1145 am waktu tempatan dan tiba 12 tghari waktu Thailand yang lewat 1 jam dari waktu kita.Hanya 45 minit perjalanan je...

Tiba di Hat Yai International Airport hujan sudah lebat membasahi bumi Hatyai.Lebih bijak saya tidak menggunakan taxi airport tetapi berjalan keluar dari airport dan menaiki tuk-tuk iaitukenderaan rasmi di Thailand ke bandar Hatyai dengan hanya 20 baht seorang.Murahkan....





dapat sim - card thailand free masa sampai kat airport diorang.


Untuk kali ini saya takder booking pun hotel sebab baca kat blog banyak hotel tetapi sangatlah malang apabila kami tiba semua hotel dah FULL sebab Songkran Festival.Apa plak Songkran Festival ni? Rupa-rupanya dari 11/4/sehingga 15/4 mereka menyambut Songkran Festival ataupun dikenali sebagai Pesta Air.Jadinya banyak hotel FULL, harga tuk-tuk semua melambung, baju sentiasa basah dan penuh sesak dengan ramai pelancong terutama dari Malaysia.

Jadi untuk menenangkan fikiran kami nak cari hotel ni kami makan dulu di Halim Restaurant. Mak ai memang mahal lah kedai ni...makan nasi goreng dua dengan air kelapa pun samapi 215 bht...oiiiihhh patutlah tak ramai makan kat sini...jatuh miskin terus makan kat sini


pas makan jalan kaki pergi cari hotel , pergi semua hotel dah full, Dusit Hotel yang kebelakang tu pun full...Akhirnya kami jumpa hotel ni tapi boleh check in sehari je sabtu kena cari hotel .Nak tak nak kami check in kat Indra Hotel dengan harga 60 bht, bilik ok tak ok ...ok kan jugaklah..


nilah hotel kami ...Indra Hotel


Pink Lady Complex yang selalu diceritakan...takde la murah sangat pun



Hotel ni katakan sesuai untuk lelaki bujang sahaja...kenapa ek?



Aktiviti yang tanpa henti dari pagi sampai malam.Harga pistol tu jgn citerlah RM 45 satu



Disebabkan terlalu lapar, saya sekali lagi mencari Nasi Kuning Ayam yang popular tu.Jalan-jalan samapilah ke KimYong Market.Sebelum ke Kimyong Market, sempat juga singgah di Santisuk Market.Try makan kat sini.Memang sedap nasi dia,ayam dia lagilah.Halal tau ...Wanita Islam yang jual , harga pun ok 50 bht.Ramai yang cerita pasal Nasi Kuning ni.


Lepas makan sambung jenjalan ada  pesta kan so kena cuci mata...

Sampai malam diorang main tembak air,banyak plak tu air digunakan ada yang gunakan ais yang mencair jadi rasa sejuk lah air tu




Menyinggah tengok udang,besar-besar semuanya...



Di hadapan Lee Garden Plaza yang pernah meletup dulu dan mengorbankan dua nyawa ...kalau nak masuk sini semua kena check


Mc Donald yang tak halal tau ada "PORK"



tengoklah dah pukul 930 malam masih lagi main air



Perlawanan  tomoi




anatara makanan yang dijual...


yang ni sapa nak main baling bola sampai kena pin , aweks jatuh dalam air 20 bht untuk 7 biji bola..




yang ni tak ori tau...tapi kulit dia mak ai ...gebu..hahhahaa

Habis tengok tu kami masuk bilik sambung tengok kat tv ada live tapi malas nak duduk luar asyik kena tembak dan sapu bedak nak marah tak boleh...sambung tengok tv ada pertandingan cik pon miming nyayi...then trus tido....

Bangun pagi2 besoknya...trus ke stesen keretapi sebab nak balik naik keretapi tapi malang berganda tiket keretapi habis dijual sehingga Isnin.Mak ai...terpaksa lah cari cara lain nak balik kalau tak ada yang bermaustatin di Hatyai ni..tapi sempat jugalah snap beberapa gambar kat stesen keretapi yang old school ni





Lepas puas bergambar di Hatyai Train Station pergi balik ke area Lee Garden, nak cari tiket bas dan  nak cari tuk-tuk nak pergi ke Floating Market.Tempat lain semua tak dapat pergi sebab harga tuk-tuk yang melabung tinggi.Bayangkan nak pergi Pantai Samila...Pergi je tau dia nak charge 1200 bht...mahal tu...




Tengoklah mereka ada pesta buih di siang hari...


naik tuk-tuk nak ke floating market , 400bht pergi dan balik.oklah dia siap tunggu kite tapi masa satu jam sahaja






bihun tomyam makcik ni memang sedap,saya siap repeat dua kali...



kami makan bihun tomyam,aiskrim,manisan dan air kelapa.Bekas tembikar tu menggantikan cawan plastik.Harga makanan kat sini semua dalam RM2-4...murah dan semua sedap...Aiskrim dia simple tapi sedap....






ni agar2 kacang hijau...RM 2  je tau...

Balik lepas makan puas2 di Floating Market balik terus join Songkran Festival.Lencun habis..sampai dah takde stock baju dah.










okeylah sudah tiba masa untuk pulang ke Malaysia.Kami naik Bas Konsortium Ekspress dengan harga tiket 400 bht seorang dan perjalanan selama 10 jam.Seronok memang seronok tapi banyak tempat tak dapat pergi...akan pergi sekali lagi....itu pasti...tak puas ke Hatyai.So ingat ya acara tahunan ini diadakan 11/4-15/4 setiap tahun kay...kalau nak pergi time ni booking hotel awal...





Sudah sampai Malaysia....Cuti pun sudah habis....Bye-bye hatyai



********salam untuk semua******************




No comments:

Post a Comment