Thursday 18 April 2013

Kuala gandah

Hujung minggu jika masih tercari-cari hendak ke mana, apa kata pergi melawat beberapa ekor gajah di Kuala Gandah. Bagi yang tinggal di Kuala Lumpur , Kuala Gandah yang dikenali sebagai Pusat Konservasi Gajah  berperanan untuk menangkap dan memindahkan gajah-gajah liar yang habitatnya telah diterokai oleh pembangunan.

Terletak 15km dari pekan Lanchang, di Daerah Temerloh yang memakan masa lebih kurng 45 minit dari Kuala Lumpur. Tiada bayaran masuk dikenakan dan tempat parkir juga disediakan untuk pelawat.

Pusat lawatan dibuka setiap hari, Isnin hingga Jumaat dari 8pagi hingga 430 petang

Ni jadual yang disediakan untuk pelawat 
Pelawat digalakkan menyertai aktiviti di PKGK yang akan bermula dari jam 10.30 pagi.

Masa
Aktiviti
10.30 pagi - 12.00 tengahari  
MEMERHATI KUMPULAN ANAK GAJAH DI KAWASAN TRAIL INTERPRETASI:
Pelawat berpeluang memerhati kehidupan anak gajah yang dilepaskan secara bebas dalam kawasan keliaran yang dipagari dengan pagar elektrik. 
1.00 & 1.30 petang
MENONTON TAYANGAN VIDEO
Menonton dokumentari proses menyelamatkan gajah liar dari kawasan konflik ke habitat baru oleh Jabatan Perhilitan.
2.15 petang
GAJAH MANDI DAN DIBERSIHKAN OLEH MAHOUT
Pelawat boleh melihat gajah dewasa dan anak gajah dimandi dan dibersihkan oleh mahout serta sambil diberikan penerangan oleh kakitangan bertugas.
2.45 -3.15 petang
PENERANGAN KONSERVASI GAJAH DI PENTAS INTERPRETASI
Pelawat akan diperkenalkan kepada setiap gajah yang menjalankan aktiviti konservasi, sejarah dan kebolehan asas mereka. Penonton dan gajah dipisahkan oleh penghadang dengan jarak kira-kira 8 meter bagi menjaga keselamatan.
Aktiviti ini juga diadakan bagi membiasakan gajah dengan orang ramai untuk menjadikan mereka sebagai gajah yang dapat membantu program pemindahan gajah liar pada masa hadapan.
Nota: Pusat ini tidak menyediakan program tunggangan gajah untuk hiburan.


Jika hendak mandi bersama gajah bayaran sebanyak RM 10 dikenakan setiap seorang dan RM 30 untuk pemandu pelancong.Pemandu pelancong juga merangkap pengawal juga turut menjaga keselamatan kita semasa mandi bersama gajah  almaklumlah gajah ni sukar dijangka perangainya.Dengan adanya pemandu pelancong ni kita juga tidak perlu berebut-rebut untuk sesi memberi makanan kepada gajah kerana mereka akan menyediakan buah-buahan untuk diberi kepada gajah-gajah ini.

Bagi mereka yang tidak mandi besama gajah terdapat gerai menjual makanan untuk diberi kepada gajah-gajah ini seperti tebu dan pisang.Ada juga yang datang membawa roti.

Sebelum aktiviti bermula di Pusat Konservasi Gajah pada pukul 1 petang jangan lupa singgah sebentar di Deerland Farm yang terletak berhampiran Pusat Konservasi yang mengenakan bayaran RM 6 seorang. Deerland ini diusahakan oleh orang perseorangan bersama ahli keluarganya.Jom layan dulu gambar...


Hati-hati burung kasuari ini agak garang tau ..




Banyak kan rusa disini dan terdapat pelbagai spesies yang diternak disini

Di bawah ni pula haiwan - haiwan yang terdapat di Deerland Farm...:)











Tepat pukul 1 tengahari kami bertolak semula ke Pusat Konservasi Gajah , jom layanzzzzz...





kesian dia...kaki dia kudung kena perangkap ..:(



gajah2 senior mandi dulu siap membuang lagi..:) air ber arus



gajah -gajah senior membuat persembahan


Aktiviti mendi bersama gajah bermula!!!!!





***terima kasih kepada semua staff yang sangat membantu dan memberi banyak informasi tentang gajah2 disini, jadi apa tunggu lagi jom pergi dan jika bermurah hati bolehlah membuat sumbangan kepada pusat ini*****

No comments:

Post a Comment