Saturday 20 April 2013

Bercuti Ho Chinh Minh, Vietnam Part 1

Pada 2hb sehingga 5hb saya bersama en suami mengambil peluang untuk bercuti di Bandaraya Ho Chinh Minh,Vietnam. Pada awalnya ingin transit di Hatyai dan terus ke Krabi, sekali lagi tahun ini rancangan untuk ke Krabi dibatalkan bukan faktor cuaca tetapi atas sebab perlawanan bolasepak di antara Selangor FC vs Saigon FC di Thong Nat Stadium,Vietnam. Oleh kerana, En suami seorang penyokong tegar pasukan Selangor sanggup dia membatalkan percutian kami ke Krabi

Pada mulanya,perasaan sakit hati memang banyak tetapi apabila membaca kebanyakan blog berkenaan bandaraya yang mempunyai kepadatan penduduk yang kebanyakannya menggunakan motosikal sebagai pengangkutan utama,hati jadi terpaut pula.

Penerbangan kami menggunakan Ais Asia pada 2hb April 2013 mengambil masa lebih kurang 1 jam 45 minit dan masa di Vietnam lewat satu jam dari negara kita.Ketika di dalam penenrbangan sempat juga berbual dengan seorang makcik ni yang selalu ke Ho Chin Minh untuk mengambil stok kain.Menurut makcik ni, Ho Chin Minh merupakan syurga membeli belah  yang menjanjikan harga yang murah dan kain yang berkualiti.Sempat juga dia memberikan kami beberapa maklumat terutama berkenaan teksi yang harus dipilih ketika berada di sana dan  menasihatkan agar menggunakan teksi Vinasun kerana harga yang lebih murah dan meter yang digunakan tidak menipu pelanggan.

Untuk pengetahuan adalah lebih baik anda menukar wang di negara mereka , kerana ketika saya menukar di Malaysia RM1 kita bersamaan 6250vnd sedangkan jika ditukar di sana RM1 bersamaan 6600vnd.Tak berbaloi tukar di Malaysia..


kena makan dulu...lapar sangat...





Pemandangan Bandar Ho Chin Minh dari udara,sangat padat





Lapangan terbang Ho Chin Minh


Ok sambung balik cerita , setibanya di lapangan terbang, kami mencari teksi Vinasun seperti yang dinasihatkan oleh makcik tadi tapi malangnya tiada dan tiba-tiba kami didatangi oleh seorang pemandu teksi yang mengeluarkan kad pekerja Vinasun,kami pun percaya dan memintanya menghantar ke hotel yang telah saya booking melalui Asiaroom.coms iaitu Seventy hotel  yang terletak di Bui Vien Street atau lebih dikenali sebagai "Backpackers Street" kerana dipenuhi oleh pelancong asing.Setibanya kami di hotel tahu tak berapa harga teksi kami???...untuk tol keluar dari lapangan terbang kami membayar 190,000vnd dan untuk tambang ke hotel pula ialah 430,000 vnd, disebabkan tiada wang kecil saya memberi 500,000vnd dan pemandu teksi mengucapkan terima kasih dan berlalu begitu sahaja tanpa memulangkan baki wang saya.So, untuk peringatan carilah teksi VINASUn sahaja untuk dieelak ditipu dan kejadian yang tidak diingini.




Keretapi lama  untuk ke Hanoi  dari Ho Chinh Minh yang mengambil masa 29 jam


Lepas check in dan merehatkan badan , kami decide untuk mencari pakej tour untuk aktiviti hari yang berikutnya.Tak payah susah-susah sebab kat lobby hotel dah ada Information Center dan menyediakan pakej yang berpatutan harga,jadi kami decide membeli 3 pakej iaitu Water Puppet Theater untuk 210,000vnd , Chu-Chi Tunnel Tour  370,000vnd  dan yang terakhir Delta Mekong Tour 370,000vnd.Dah siap membeli tour kami decide cari kedai makan dulu sebelum ke Water Puppet Theater pada pukul 530 petang nanti


Banyak motor dan pemanduan mereka tunggang langgang tetapi eksiden jarang berlaku


Belakang tu pasar yang terkenal di sini iaitu Ben Tanh Market,ni aktiviti hari terakhir kami


Ular-Ular yang dijual umtuk diminum dan dimakan





Restoran Halal yang pertama kami pilih,tengok berserabut tak wayar elektrik dia, makanan Muslim agak mahal,sebab  untuk mendapatkan logo HALAL di sana agak mahal.Saya cuba popia goreng dan nasi goreng kampung dan agak mahal jugalah 284,000vnd bersamaan RM 45.44 duit kita ko...mahal rasa pun tak sedap mana , tak kena dengan tekak saya.

Selesai makan kami berjalan berpandukan peta untuk ke Water Puppet Theater, taknak naik  teksi atau lanca sebab nak tengok permandangan dan kesibukan bandaraya ni



Di pintu masuk Water Puppet Theater , waktu persembahan 5.30 , 6.30 dan 7.30 petang dan tiket adalah terhad.Menggunakan sepenuhnya bahasa ibunda diorang.Tak paham langsung, tapi tengok persembahan dia akan gelak juga , sangat kreatif dan mereka juga merupakan salah satu kumpulan di dalam pertandingan  untuk  World Puppet Festival


Dilengkapi dengan air-cond 


Sempat berkenlan dengan pasangan dari Switzerland ni, berminat untuk ke Sabah.Bestnya jadi orang Malaysia ni , bila foreigner jumpa kita je , diorang sendiri akan tanya "are u Malaysian?" dan lepas tu diorang akan tanya macam-macam pasal Malaysia tetapi kebanyakan mereka akan tanya pasal Twin Towers.



Persembahan Water Puppet Theater selama 1jam...Awesome!!! tak paham tapi gelak juga tengok aksi patung yang lawak



Habis je show terus balik ke hotel tapi berpusing-pusing cari jalan balik hotel.Hehehehe... biasalah 1st day agak kalut sikit.Di sana,satu je yang menakutkan iaitu  nak lintas jalan,memang kena rilek je, buat muka selamba ...jangan lari jalan cam biasa dan  dah takder makna ayat "Power of Hands" macam kat Malaysia.Kat sini hati kena kental,muka kena selamba dan rileks tanpa lari baru boleh lintas...kalau tidak sampai esok pun tak lintas...


...So sambung PART 2 tu plak untuk aktiviti hari ke2 & 3 kami ....Adiosss XOXO!!






No comments:

Post a Comment