Sunday 21 April 2013

Jalan-Jalan di Alor Setar.




Sebenarnya ni cite tahun lepas tapi baru ni nak update.Last year bulan 11 saya pergi menghadiri majlis perkahwinan sahabat saya di Jitra,Kedah.Pergi
 naik keretapi...jimat skit..RM 27 seorang ke Alor Setar.Kalau naik kereta beratus-ratus ringgit yang keluar.Untuk lebih penjimatan naik Keretapi Senandung langkawi yang bertolak dari KL Sentral jam 920 malam dan dijangka tiba 720 pagi di Alor Setar.

Penat...memang penat tapi takderlah penat sangat dok tido je , dok kat 2nd class pastu air cond sejuk ,memang layan lah.Sekali sekala terjaga sambung tido balik...ok apa...pengalaman baru...ramai juga yang naik keretapi ni 




ni lah yang berlaku apabila terjaga , akan bangun dan menghala ke kafe yang terdapat di dalam keretapi apalagi makanlah.Harga agak mahal tak tahulah atas faktor apa.Sepatutnya harga tu kasi murah lah sikit.Nak kata sedap tak juga...Sepaptutnya pihak pengurusan kena kasi turun skit harga tu...jangan mahal sangat...


ni muka boring sebab keretapi singgah di stesen Butterworth nak tukar kepala keretapi  , untuk pengetahuan semua keretapi Senandung Langkawi adalah keretapi dari KL sentral terus ke Hatyai tetapi berhenti di beberapa stesen...



Kami tiba di Alor Setar jam 720 pagi dan pemandangan sangat cantik, apa tidaknya keretapi lalu di tepi sawah sambil menikmati pemandangan matahari terbit...indah sungguh ciptaan-Nya


Sampai-sampai terus ambil gambar Pekan Rabu.Pekan Rabu amat popular di Alor Setar kerana disinilah pusat jualan seperti pakaian , makanan , cendermata dan lain-lain lagi.Sama macam Pasar Payang di Terengganu.Masa ni belum buka Pasar Rabu ni


Di hadapan Monumen Alor Setar 250 tahun



Balai Seni Negeri



Di hadapan Masjid Zahir Alor Setar



Balai Nobat Kedah.Disini tersimpan segala alat Nobat termasuklah serunai,nafiri,gendang dan gong yang dimainkan dalam upacara tertentu seperti pertabalan,kemangkatan dan lain - lain upacara rasmi dan istana


Balai Besar Alor Setar yang berfungsi sebagai Balairong Seri dan Balai Penghadapan.Sebahagian daripada Istana Kota Setar



Galeri Sultan Abdul Halim





Menara Alor Setar dan juga pemandangan dari atas menara.Merupakan menara ke -19 tertinggi di dunia dan bertindak sebagai menara telekomunikasi dan tempat yang wajib dikunjungi jika ke Kedah.Terdapat dewan,restoran berputar Sri Angkasa dan kedai cendermata.Bayaran masuk RM 6 seorang bagi dewasa & RM 3 bagi kanak-kanak.


Menara Jam Alor Setar


Tempat wajib dikunjungi,rumah kelahiran Mahathir Mohamad di nombor 18,Lorong Kilang Ais.Tempat Tun Dr Mahathir dibesarkan sehinggan beliau berkahwin.Boleh ambil gambar luar sahaja...dalam tak boleh ambil gambar


Kilang Ais di sebelah rumah Tun Dr Mahathir Mohamad. Cubalah masuk ke dalam terdapat pameran bergerak bagaimana ais bongkah dihasilkan..Best!!


Rumah Merdeka, Alor Setar.Jatuh hati saat melangkah masuk ke rumah ini...Masih lagi kukuh dan cantik walaupun sudah berusia puluhan tahun.Terletak di belakang Hotel Royale Alor Setar.



Muzium Negeri Kedah.Tiada bayaran masuk dikenakan.Tetapi banyak yang perlu dibaiki dari pelbagai sudut khususnya sudut pameran dan juga dari segi pencahayaan


Stadium Darul Aman.

Usai lawatan ke serata tempat di Bandar Alor Setar,kami menumpang sahabat kami Syila & Amir dari Penang  yang datang menjemput kami di Alor Setar untuk ke majlis perkahwinan sahabat kami dan juga pengapit kami iaitu Nurul & Safwan



Terima kasih kepada keluarga pengantin yang menyediakan penginapan buat kami... semoga berbahagia hingga ke akhir hayat...terima kasih juga buat Syila & Amir yang sudi membawa kami berjalan sehingga ke Padang Besar dan membantu membeli tiket keretapi kami....:) jasamu dikenang


*****jangan lupa melawat negara kita sendiri*****

No comments:

Post a Comment