Saturday 16 June 2012

Melawat Perak & Penang


sebenarnya nak  cite pasal cuti panjang baru-baru ni ....biasala cuti setiap tahun yang diberi oleh company selama 2 minggu...kalau nak diikutkan perancangan awal nak ke Krabi , hotel pun dah ditempah di Agoda...tapi seminggu sebelum pergi decide cancel booking due to low season n ada yang menasihati yang kalau gi sana walk in lagi dapat murah...so cancel booking hotel ..last2 rupenya cancel trus gi ...sebab laut bergelora dan angin kencang beserta hujan yang kerap turun ...macam rugilah plak kalau gi tak dapat nak explore byk tempat kan ...:(
so memandangkan kami akan menghadiri perkahwinan sahabat kami di Juru,Penang pada 9/6 yang lalu maka kami decide jenjalan dulu di sekitar negeri Perak ....sebenarnya banyak  juga tempat yang menarik untuk dikunjungi antaranya ....




Gua Tempurung yang terletak di Gopeng. Merupakan gua batu kapur dan panjang gua ini mencapai 1.9km  dan terletak 24 km dari selatan bandar Ipoh. Memang syiokkk habis...Jangan risau setiap perjalanan masuk akan diiringi oleh tourist guide yang akan memberi info berkenaan gua ni..Bayaran masuk juga agak berpatutan 
Memandangkan saya seorang yang agak lemah mendaki dan berjalan jauh saya memilih untuk ke Gold Flowstone yang mengambil masa 45 minit pergi dan balik dan berharga RM 6 seorang

Selesai di Gua Tempurung, kami meneruskan perjalanan ke Kellie Castle yang terletak di Batu Gajah Bayaran masuk seorang  RM 4. Tersergam indah bangunan bak istana yang tak sempat diduduki dan menghimpun sejuta misteri .Dibina pada tahun 1910 oleh William Kellie Smith mengikut reka bentuk sebuah istana Moghul di Angra,India.terpegun melihat rekabentuk istana yang unik ni tau ....berangan-angan jugaklah kalau saya yang dapat...mesti best kan ...:)


Buat aksi sket...di koridor misteri.Mengikut cerita adakala pengunjung akan terserempak dengan bayangan   Kellie Smith di koridor ini dan ada juga pengunjung yang terserempak dengan  seorang kanak2 perempuan mirip anaknya iaitu Helen...alhamdullilah saya tak terserempak dengan MEREKA...


habis pusing satu istana kami meneruskan perjalanan ke Kapal Korek terakhir di negeri Perak yang terletak di Tg Tualang. Bayaran masuk dikenakan ialah RM 6 seorang.Tak ramai yang datang pun ...yang ada orang tengah shooting untuk drama Cina. Sayang tak dijaga elok2 dan tiada penerangan khusus di setiap tempat yang ada di kapal korek ni ...Sayangkan ...ini pun kira khazanah negara juga ni ...


disini juga terdapat mini muzium berkenaan sejarah perlombongan bijih timah di negeri Perak ...


Penat berjalan akhirnya kami decide untuk bermalam di Ipoh...sebab keesokkan harinya kami akan menjelajah Ipoh plak...

Di Ipoh pula macam biasalah saya mengikut En Suami menjelajah daerah Ipoh yang penuh sejarah ni ...berpandukan peta  "Ipoh : Heritage Trail" yang diberikan oleh Pusat Perlancongan di sana ...Jom tengok tempat2 yang kami lawati...

Stesen Keretapi Ipoh


Majestic Sation Hotel, Ipoh yang dah ditutup ...sayang betul...kan...



Masjid India Muslim Ipoh


Padang Ipoh

St Michael Xavier Institution Ipoh


FMS Bar & Restaurant Ipoh


Parking bertingkat pertama di Malaysia 


Tugu J.W.W. Birch di Ipoh


Bangunan buruk yang sedang dibaikpulih itu ialah Mikasa Photo Shop iaitu kedai gambar yang dijadikan tempat pengintip Jepun ketika menjajah Perak 


antara bangunan sejarah di Perak 


Muzium di Ipoh 


yang ini fikir sendirilah ...;)

habis pusing satu Ipoh kami singgah dan lepak sebentar di 


Lost World of Tambun..Bayaran masuk untuk dewasa rm 45 seorang & kanak2 rm 35 seorang . Jangan risau walaupun kadar bayaran masuk adalah mahal tetapi sangat puas sebab banyak tempat hiburan antaranya...Waterpark, Amusement park, Tiger Valley Park,Tin Valley Park,Petting Zoo & Hotspring Park..semua park dibuka dari 9 pagi hingga 6 petang..dan hanya Hotspring Park yang dibuka sehingga 9 malam ...best tau ....

tanpa membuang masa selesai bermandi - manda dan ronda2 di Lost World...kami terus menuju ke Taiping,Perak .Apalagi nak buat malam2 kan tentulah gi Taiping Night Safari ...


bayaran masuk untuk Night Safari RM 16 seorang....okeylah ...tapi kalau tram tu lagi perlahan lagi best baru dapat tengok bebetul...

  
ini tak selesai lagi ni ...kiter sambung di episod akan datang ...;) tungggguuuu....







No comments:

Post a Comment