Sunday 17 June 2012

Perak & Penang part 3

jauh perjalanan kan menjelajah negeri Perak ni ....Sebenarnya lebih kepada membawa hati yang lara kerna tak dapat gi Krabi ...:(
okie sambung citer...Actually okie gak jenjalan dalam negara ni ...
okie balik dari War Museum terus pulang semula ke Taiping kerana merasakan belum puas berjalan - jalan dan menjelajah sekitar Taipng ni ...

Tempat di Taiping boleh tahan gak ....antara yang dilawati ...


Muzium Taiping


kami di atas peta negeri Perak


Galeri Penjara Taiping


tu ...Penjara Taiping...ingat boleh tour dlm tue...tapi tak boleh...




ni plak di Burmese Pool...air agak cetek tapi kata org di situ kalau  hari hujan ...paras air akan meningkat 





ni pula aktiviti bersama keluarga Paklong a.k.a as Pak abas di Kg Dew gi tengok kelip2...jauh perjalanan menaiki bot ...setengah jam masuk hutan baru dapat tengok ...kalau di Kuala selangor ...dekat jer...takut jugak sebab ramai yang memancing udang galah ...kata org ada udang galah ada buaya...hmmm


ni plak ...di Taiping War Cemetary ...ada 2 bahagian satu bahagian untuk penganut kristian dan satu bahagian lagi bercampur2 agama...ni semua pahlawan masa perang dunia ke 2


di tepi Tasik Taiping

Dan yang paling best bile dapat naik Bukit Larut @ Maxwell...naik jip yang disediakan ...bayaran RM 6 seorang...mak ai ...sangat menakutkan laluan jalan untuk turun naik bukit.Satu je jalan naik dan turun dan keluasan jalan amatlah kecil tetapi disebabkan pemandu2 jip memang sangat berpengalaman jadi tak perlu takut sangat walaupun ada gak dalam 2x kali nak berlanggar dengan jip yang nak turun masa kami nak naik ...tapi pemandu memang dah pro giler ..tak jadi masalah bagi mereka mengatasi masalah..


naik ke Bukit Larut kena datang pagi2 sebab kena beli tiket dulu ...kami bernasib baik ...walaupun dijangkakan naik pukul 2 ptg hingga 4 petang ...tetapi kami naik pada pukul 12 tghari bersama krew drama cina yang nak buat shooting kat atas...



(a)


(b)

ini adalah salah satu tempat penginapan di atas Bukit Larut .dikenali sebagai Cendana Hut..bayaran agak mahal untuk gambar  (a) bayaran semalam RM110 katil 2 single bed + tandas kongsi beramai dan untuk (b) di bahagian dalam tandas tak kongsi RM170...agak mahal walaupun tak ramai yang nak tidor kat atas memandangkan kurang facilities...banglo2 unrtuk disewa banyak malangnya kedai makan @ kedai runcit takder..




En Suami sedang berehat 




ni pula masa baru turun...apa yang boleh saya simpulkan banyak lagi yang perlu dipertingkatkan dan ditambah di Bukit Larut. Untuk pengetahuan semua di Bukit Larut ada banyak bunga tulip dan hanya berkembang pada musim bunga sahaja,malangnya ketika saya naik bukan musim bunga...rugi jugalah kan ...

sekarang tiba masa untuk pulang ke KL kerana cuti sudah mau abis...tapi dalam perjalanan pulang sempat gak kami singgah di Kota Ngah Ibrahim yang terletak di Kuala Sepetang. Lengkap dengan informasi...tiada bayaran dikenakan 
...




sepatutnya nak naik bot di sini nak gi tengok hutan paya bakau tetapi memandangkan sudah tidak larat ....maka bergambar je dulu ...lain kali baru masuk 


ni di Port Weld ...ini sahaja yang tinggal untuk dijadikan tinggalan sejarah yang lain semua dah takder...

Seperti yang sedia maklum perjalanan pergi balik dari Selayang  ke Perak & Penang kami menggunakan sepenuhnya jalan lama ...so dalam perjalanan pulang sempat singgah ke Kuala Kangsar ....



ni Masjid tau ...tapi tak digunakan lagi ..cantik sangat 


sempat singgah di Galeria Sultan Azlan Shah ...bayaran  masuk RM 4 seorang tapi tak boleh ambil gambar di dalam galeri luar je boleh ...menempatkan koleksi peribadi Sultan dan keluarganya ...


ni Muzium Kuala Kangsar...sayangnya tak buka under renovation ...penat jalan jejauh tapi tak dapat masuk...


di Masjid Kuala Kangsar ....cantikk


ni pula merupakan pokok getah tertua di Malaysia dan berusia 100 tahun tau 

Dalam perjalanan pulang sempat singgah di Gopeng ...sebenarnya dah nampak masa perjalanan pergi tapi tak sempat nak singgah ...balik terus singgah takut menyesal plak ....merupakan paip untuk menyalurkan air di lombong2 bijih timah satu ketika dahulu ...tetapi selepas aktiviti perlombongan di hentikan paip pun dibuka dan hanya ini yang tinggal untuk dijadikan rujukan sejarah


apa2 pun ....saya sangat gembira menjelajah negeri Perak walaupun tak menjelajah sepenuhnya ...apa2 pun ....Cuti2 Malaysia....









No comments:

Post a Comment